Rabu, 12 September 2012

Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.


Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.” – (HR al-Bukhari)
Termasuk dari petunjuk Nabi S.A.W, baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.
Daripada Anas bin Malik RA katanya:
“Adalah baginda (SAW) apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu menarik tangannya.” – (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam syarah sunnah dan Ibnu Hibban serta selain mereka. Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah)