Rabu, 12 September 2012

Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu


Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:
“Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain: Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangan dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat didalamnya.”
Dalam riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:
“Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”
Wallahu a’lam.