Rabu, 12 September 2012

Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.


Daripada Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat – di dalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat – kemudian dia memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya.”